Penyakit yang Paling Berbahaya dan Therapinya

Penyakit yang Paling Berbahaya dan Therapinya

31/10/2022 How To Motivasi News Tips Trik 2

Saudara. Sedang berlaku di hadapan mata kita kini penyakit-penyakit putus asa, kecewa, resah, gelisah, penderitaan jiwa, kacau balau fikiran, rasa rendah diri (inferiority complex), kesunyian, kekosongan hati, rasa keseorangan (loneliness), ketegangan perasaan dan berbagai-macam lagi bentuk sakit jiwa.

Dan sedang berleluasa juga di dalam masyarakat Islam hari ini penyakit-penyakit hasad dengki, bakhil, gila dunia, pendendam, cepat marah, jahat sangka, sombong, riak, ujub dan lain-lain.

Walaupun sakitnya tidak nampak oleh mata kasar kita, namun siapa berani menolak hakikat ini?Bahwa jumlah orang-orang yang menderita sakit atau krisis jiwa di saat ini lebih banyak daripada jumlah penderita-penderita sakit fisik yang ada di rumah sakit-rumah sakit.

Tetapi aneh, kepakaran dan keintelektualan tidak begitu serius difikirkan untuk pengobatan kepada pesakit (penderita penyakit) batin ini, sepertimana seriusnya mereka berusaha terhadap pengobatan fisik lahiriah manusia.

Saudara, Apakah mereka tidak sadar bahwa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dan lainlain itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain?

Tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa, kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki, dendam, pemarah, buruk sangka dan lain-lain itu akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh orang lain?

Demikian satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya lebih berbahaya dan memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir.

Bukan saja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan kusut dan kucar-kacirnya sesebuah masyarakat.

Telah datang Nabi Muhammad SAW ke tengah manusia. Baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya. Seorang diri baginda bangun dan bekerja untuk menyelamatkan manusia.

Institusi pertama yang baginda bangunkan ialah masjid, satu tempat di mana manusia membersihkan hatinya, melembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunianya, iaitu dengan membesarkan Tuhannya melalui sembahyang dan ibadah-ibadah lain.

Rasulullah memandang keselamatan, manusia ialah pada keselamatan hatinya (rohnya) bukan jasad lahirnya. Sebab itu baginda bekerja mengubah dan mengubat hati mereka dan baginda berjaya.

Saudara, Kita kini sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sebagaimana apa yang disaksikan oleh baginda Rasul lebih 1400 tahun dulu. Kalau Baginda telah berjaya terhadap masyarakatnya, mengapa kita tidak mengikut jejak langkahnya?

Kita ubati dulu mazmumah dan krisis jiwa kita, ahli keluarga kita dan masyarakat kita. Kita ketengahkan pada masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan manusia pada fitrahnya.

Kita contohkan satu formula yang menjamin kebahagiaan hati dan keselamatannya. Kita perjuangkan kehidupan “sunnah” yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat.

Saudara, Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, keseorangan, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian.

Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati antara suami dengan isteri, anak dengan ibu bapa, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan?

Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih-sayang, bertolak-ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong?

Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorang kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya?

Saudara, Islam mengajak kita menilik hati kita, mengenalinya dan mengobati sakitnya. Apabila hati sudah terobati, saudara akan temui hati-hati saudara penuh dengan “cahaya” kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan.

Dan itulah syurga sementara sebelum saudara bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.

Buku Mengenal diri melalui Rasa Hati ini memandu saya dan saudara untuk melegakan krisis jiwa, ketegangan fikiran dan kejahatan batin kita. Insya-Allah. Mudah-mudahan kita akan perolehi keselamatan dan kebahagiaan hidup sebagaimana yang Allah janjikan.

Dengan berkat kebesaran-Mu ya Allah, Nabi dan Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat baginda, wali-wali-Mu, khususnya Syeikh Muhammad as Suhaimi, jadikanlah ya Allah, buku ini sebagai ubat pada jiwa kami dan selamatkan hati-hati kami sebagaimana keselamatan yang Engkau maksudkan dalam firman-Mu: ,

Terjemahannya: Hari Qiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang menghadap Allah membawa hati yang selamat (Asy Syuara’: 8889)

 

2 Responses

  1. Nadine says:

    Dear Fellow Photo Enthusiast,
    If you are anything like me, you may spend hours in Photoshop or some other photo effects software, editing and airbrushing your pictures, playing with the color and adjustments until they come out just right. But that takes a lot of time, and starts to take away from what you really enjoy most, which is taking pictures!

    You may also have a hard time making your photos really stand out from the rest. Sure, many people can take nice pictures, and truth is, with high quality cameras within most anyone’s budget these days, and the growing popularity of photography as a hobby, the competition between amateur and professional photographers is very, very high.

    You wish there was an easier way to bring out the full potential of your photographs. Instead of having flat, uninteresting photos, you want to be able to make them come alive with dimension and vibrancy, without having to spend hours editing them, with hit-or-miss results.

  2. Susan Srawati says:

    nic—sayapun sering kali sakit-tapi manusia memiliki enzim untuk menyembuhkan diri (enzim itu adalah iman)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *